Kembali menulis? Mungkinkah?


Hi! Assalamualaikum. Bertahun lamanya UR meninggalkan dunia blogger. Tiba tiba terfikir untuk menulis semula. Hm.. Mesti ada sebab ni, tak akan kembali untuk suka suka kan?

Tak ada apa-apa sebab sebenarnya, tapi ada la juga sebenarnya. Mungkin sebab kesunyian? Hahaha. Tapi masalahnya masih sama ke cara nak guna blog ini dengan tahun tahun yang lalu? Harap tak berubah sangatlah. Malas nak belajar semula untuk cantikkan blog. Huhuhu. 

Terima seadanya sahaja la ya? Walaupun blog ini kosong lagi buat masa sekarang. Alhamdulillah UR baru tamat belajar dalam diploma Pengurusan Industri Kreatif, Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM dan alhamdulillah juga saya sedang bekerja bersama seorang designer yang namanya jarang dikenali ramai tetapi sangat dikenali oleh golongan yang berada dan penggiat seni tanah air.

Sebelum menerima tawaran pekerjaan bersama designer tersebut, UR bergerak aktif menguruskan Coat And Tie Production. Apa tu? InsyaAllah UR akan bercerita kemudian. Banyak sangat perkara yang ingin ditulis dan dikongsikan. InsyaAllah akan menghidupkan blog ini, bukan sahaja dengan cerita peribadi tetapi dengan isu isu semasa atau apa sahaja yang menarik untuk dibaca. Okay la, nak sambung cari idea untuk buat Fashion Show. Ada masa UR akan menulis lagi.




by Umar Roslan
Copyright © 2011 - 2020 . All Right Reserved by UmarRoslan