#2015BestNine Cara Mudah Stalk Ex Anda


Hi! Haa.. Siapa yang masih belum buat lagi 2015 Best Nine?

Sekarang kalau buka instagram semuanya post benda ini kan? Buat mereka yang tertanya-tanya macam mana nak buat #2015BestNine ni macam mana, saya ada jawapannya.

Senang sahaja nak buat, anda hanya perlu ke google dan search '2015 Best Nine' dan pilihlah laman web 2015bestnine.com.

Sangat mudah, tak perlu daftar apa apa, hanya perlu letakkan username akaun instagram anda atau sesiapa sahaja dan tak sampai beberapa minit dah siap. Cara nak save pula mudah, hanya klik pada gambar lama sikit dan klik 'save photo' tapi itu untuk iPhone la, android UR tak tahu pula bagaimana, mungkin sama sahaja.

Tadi UR ada la juga cuba letak username akaun instagram ex kesayangan, hahaha. Tapi malangnya tak boleh sebab akaun ex UR private, maknanya anda hanya boleh guna untuk akaun yang tidak private sahaja.

Untung la kalau akaun ex kesayangan anda tak private, boleh la juga tengok. Hahaha.

Selamat mencuba!
by Umar Roslan
Copyright © 2011 - 2020 . All Right Reserved by UmarRoslan